Temu janji hari ini bersama Dr. Geetha, Pakar Jantung IJN bersama-sama Dr. Lim Wan Teng, Pakar ONG HKL.

Dalam pertemuan ini Dr. Gheeta mengepalai perbincangan, Dr. Lim lebih kepada merekod segala maklumat dan akan dibawa ke HKL sebagai persediaan untuk saya bersalin nanti.

Ini pertemua pertama dengan Dr. Gheeta. Setahu saya belaiu satu-satunya pakar jantung untuk ibu mengandung di IJN. Jadi diletakkan kes saya dibawah beliau.

Pada 13 Mei lepas saya diberikan alat pengesan degup jantung yang dinamakan ‘holter’ untuk dipakai. Jadi sebagai permulaan perbincangan hari ini Dr. Gheeta mengulas laporan holter yang diperoleh.

” Semasa hari saya pakai holter, badan rasa sangat sihat. Tiada apa-apa yang berlaku melainkan heart skipping saja.”

Selepas itu beliau suruh saya menceritakan apa berlaku ke atas diri saya sepanjang beberapa minggu selepas kali terakhir berjumpa doktor di IJN.

“Pening kurang, sesak nafas tidak cukup oksigen sekali lebih kurang 3 ke 4 jam rasa seperti tidak cukup oksigen dan heart skipping hampir setiap hari ada.”

Beliau mencatat apa yang diterangkan.

Kemudian beliau berbincang dengan Dr. Lim seterusnya meminta saya berbaring untuk pemeriksaan jantung dan nadi.

Untuk pertemuan kali ini beliau menghentikan ubat Digoxin dan menggantikannya dengan Bisoprolol 1.25mg sehari.

Penerangan seterusnya hampir sama seperti apa yang diterangkan oleh Dr. Leong pada pertemuan lepas.

Tindakan seterusnya, beliau meminta saya datang untuk mengambil rhythm card dan membuat ujian Echo pada 12 Jun 2019 kerana stok rhythm card pada hari ini sudah kehabisan.