MFM- Dr Munis
Seperti biasa beliau akan audit segala jenis ubat yang sedang diambil.
Kemudian sebelum terlupa terus serahkan surat laporan review jantung dari cardiologist IJN kepada Dr. Munis.
Scan detail dilakukan ke atas kandungan yang sudah mencecah lebih 33 minggu.
“Semua organ bayi ok,” kata beliau.
“Berat bayi bagaimana doktor?” soalku kerana ini yang menentukan bila aku akan bersalin.
“Soalan yang bagus. Beri saya sikit masa saya mahu imbas.”
“2.7 kg,” jelas beliau.
Bukan main terkejut aku. Tadi aku timbang naik berat badan 1 kg dalam sebulan. Ini bila imbas berat bayi naik 1 kg sejak lepas subulan. Bermakna hanya berat bayi yang naik banyak. Badanku sama saja.
“Banyaknya naik berat bayi. Kuat makankah?” Doktor hanya tersenyum lihat aku terkejut.
Bersungguh-sungguh juga aku menjaga makan diet demi GDM yg sedang aku alami. Sepanjang 5 hari raya jumlah lemang yang aku telan hanya 3.5 keping