Sebaik masuk ke biliknya, beliau sedang menghadap skrin komputer sambil meneliti rekod Ujian Echo yang dibuat pada 12 Jun lalu. Kemudian saya mengambil tempat duduk dan seperti biasa beliau bertanya khabar.
” Bagaimana keadaan sekarang?”

“Bagus doktor. Saya rasa ubat Bisoprolol itu ada kesan kerana saya sudah kurang rasa heart skipping, tiada sesak nafas dan lebih kuat,” saya cuba memberi maklum balas dan beliau mencatat ke dalam kertas laporan.


“Ya, saya lihat dalam rekod Rythm Card yang dihantar Puan pun rentak jantung nampak ada pembaikkan. Tidak seteruk sebelum ini,” beliau menunjukkan imej bacaan degup jantung yang terpapar pada skrin. Saya pun tidak faham sangat. Angguk saja.


Kemudian beliau beralih kepada hasil ujian echo tadi.
“This is very severe,” beliau merujuk pada imej injap jantung saya yang tidak normal itu lalu menyambung, “sepatutnya pada bahagian ini ada pengikat injap itu, tetapi sudah putus.”


Kelihatan imej bergerak itu sama seperti ujian echo yang pertama dilakukan sebelum ini semasa temu janji dengan Dr. Leong.
“Saya jangka ini disebabkan oleh Demam Rhumetic yang dialami suatu masa dulu pada usia kanak-kanak atau remaja. Demam ini disebabkan oleh bakteria streptokokus group A yang memasuki badan dan menyerang organ badan. Apabila bakteria masuk dan menyerang badan sistem imun badan akan bertindak balas. Di dalam kes demam ini imun badan tidak dapat bezakan antara organ badan sendiri dan bakteria. Dia menyerang semula kedua-duanya. Apabila Demam Rhumetic tidak dirawat dengan betul dan dalam kes ini bakteria itu menyerang jantung berkali-kali selama ini, jantung akan jadi rosak. Ini yang berlaku pada puan. Semasa diserang bakteria itu puan tidak menyedarinya sehinggah sampai masa jantung itu bermasalah dan menunjukkan simptom. Pada peringkat ini penyakit dinamakan Penyakit Jantung Rhumatic.”


” Apa yang perlu dibuat sekarang adalah memperbaiki injap yang rosak ini.””Perbaiki atau ganti?” soalku.

“Kita perbaiki dulu. Ada pesakit saya yang tiada masalah lagi selepas baiki injapnya.”

“Adakah kemungkinan injap rosak ini ada kaitan dengan genetik? Ini kerana ibu saudara saya juga menghadapi masalah yang sama dengan saya.”

“Kalau ada kaitan pun sumbangannya sangat kecil sekitar 1% saja,” balas beliau.
“Puan baring saya mahu periksa,”arah beliau.Selepas beliau memeriksa jantung, nadi dan kaki yang kemungkinan ada bengkak akibat water retantion perbincangan diteruskan.

“Berkenaan ubat, kita teruskan dengan Bisoprolol dan Frusemide cuma naikkan dos saja. Saya tukar ubat untuk pernafasan kepada Omeprazole. Penicillin V puan perlu ambil juga dan ini antibiotik.”

Banyak sangat rungut saya di dalam hati. Namun apa boleh buat, ikut saja.
” Dapatkan ubat-ubat ini dengan Dr. Munis supaya dapat kurangkan kos Puan.”

“Bagaimana selalunya pesakit jantung melalui labour. Adakah dia perlu berbaring rata seperti selalunya?” soalku kerana selama ada masalah ini memang tidak dapat berbaring rata kerana akan berasa dada ditekan dan tercekik tidak selesa bernafas.

“Kebiasaannya mereka akan tinggikan bahagian kepala.” Lega saya dengar.

“Saya akan bekalkan semua laporan ini kepada Dr. Munis di HKL supaya beliau dapat jadikan rujukan dalam merancang untuk puan bersalin nanti.” Beliau terus melengkapkan laporan lalu meminta pembantunya membuat salinan laporan dan diserahkan kepada saya untuk dibawa ke HKL pada petang nanti.

“Sekiranya puan rasa nadi laju, tambah dos ubat. Sekiranya tidak baik juga nadi terus laju cepat datang ke bahagian kecemasan IJN,” pesan beliau lagi.

“Saya tidak mahu ganggu puan lagi sehingga bersalin. Kita jumpa semula pada 5 Ogos. banyakkan berehat.”

Kemudian kami bersalaman, “Good luck and take care,” ucap beliau.
Tanpa berlengah saya terus ke bahagian NCL A bagi memulangkan Rhytm Card yang disewa itu. Selepas mengambil deposit terus bergegas ke parking kereta kerana temu janji dengan Dr. Munis di HKL sudah tiba.

Di MFM, HKL kelihatan tidak ramai lagi pesakit kerana kebanyakannya sudah selesai. Jam di dinding menunjukkan pukul 12 tgh hari. Selepas mendapatkan nombor giliran, buat bayaran, cek air kencing saya menunggu untuk dipanggil.

Tidak lama. Dalam 15 minit jururawat memanggil dan meminta saya masuk ke bilik rawatan.

“Puan, kita akan buat ujian GBS. Semua pesakit di sini perlu menjalani ujian GBS. Ujian ini bagi mengenal pasti sam ada wujud atau tidak jangkitan kuman streptokokus pada vagina. Sekiranya ada pesakit perlu ambil antibiotik sebelum melahirkan bayi bagi mengelakkan virus ini menjangkiti bayi.”

“Oh! begitu.”
Prosedur ini sebentar saja. Sample diambil dan selesai.
Kemudian tiba masa berjumpa dengan Dr. Munis.

“Apa khabar?” sapa beliau yang kelihatan baru selesai berbincang dengan pegawai perubatan lain yang sedang belajar daripada beliau berkenaan hal ehwal perbidanan.

“Baik doktor. Sebelum saya terlupa ini ‘surat cinta’ dari IJN,” lalu saya serahkan laporan Dr. Gheeta tadi.

“Terkejut saya ingat surat cinta apa tadi,” balas beliau lalu membacanya, “berikan sikit masa saya mahu baca.”

“Baigaimana dengan kesan ubat yang diambil?” soal beliau.

“Dr. Ghetaa ganti ubat Digoxin dengan bisoprolol dan saya rasa ubat itu ada kesan yang l;ebih baik ke atas jantung kerana skipping beat sudah kurang. Cuma beliau tukar ubat gastrik dengan Omeprazole katanya untuk pernafasan yang lebih baik. Cuma beliau tambah Penicillin.”

“Puan tahu apa itu Penyakit Jantung Rhumatic?” “Sikit-sikit,” kerana Dr. Gheeta terang tadi. Itu pun masih samar-samar.
Lalu beliau menyuruh salah seorang pegawai perubatan menerangkan kepada saya berkenaan hal itu. Beliau mendengar dan memantau.

“Sekarang kita lihat apa perkembangan bayi,” beliau mula mengimbas kandungan.
Sambil mengimbas beliau menerangkan setiap satu kepada doktor-doktor yang lain.
“Rekod bacaan gula bagaimana Puan?”

“Ada masanya naik, terutama makan tengah hari.”

“Puan cuba kawal lagi ya,” pesan beliau.
“Mana suami puan? Saya tidak eprnah berjumpa beliau,”soal beliau.
“Orang bisnes selalu sibuk dengan temu janji doktor.”
“Kalau dia tanya apa yang puan terang?”
“Saya cakap semua ‘OK’. Lebih mudah”

“Macam-macam berlaku puan cakap ‘OK’ saja.” beliau ketawa.

” Susah mahu terang,” balasku.
“Semua baik. Berat bayi 2.8. Kepala sudah di bawah. Baik mari kita tetapkan tarikh bersalin. 17 Julai admit dan 18 Julai induce. Bolehkah puan?” 
Sambil mengingat tarikh-tarikh penting lain dan mencongak kelapangan suamiku rasanya tarikh itu tiada maslah.
“Baik, boleh saja.”
“Kalau ada tanda bersalin lebih awal datang terus ke sini. Nanti 9 Julai kita jumpa lagi untuk temu janji seterusnya sekiranya belum bersalin.”
Sambil memakai kasut saya mendengar beliau mengarahkan pegawai perubatan menulis preskripsi ubat untuk diambil di farmasi. Sebaik mendengar “Frusemide 1 biji sehari” saya mencelah, “Sebiji kah doktor? Sebelum ini saya ambil suku saja.”
“Nasib baik puan bijak,” celah beliau lalu memperbetulkan preskripsi ubat.
“Terima kasih doktor. Jumpa lagi nanti.”