Maternal Fetal Medicine, MFM HKL

Dr Merawat: Dr. Munis

Detail scan dilakukan.

Otak, kidney, jantung semua baik.

Muka saja tidak nampak

Consultation ubat:

Kalsium 2 biji
Cari vitamin D
Ubat Jantung IJN prescribe- Bisoprolol & Digoxine

Selepas melihat rekod bacaan gula beliau berpuas hati dengan kaedah kawalan diet itu.

“Teruskan dengan penjagaan pemakanan dan cek gula hari-hari.” Doktor mengarahkan gula diperiksa dan direkod dengan kaedah step ledder bagi memantau masalah GDM. Hari-hari kena cucuk jari. Ada hari frust dengan keputusan gula sendiri. Berat badan tidak naik sebab makan sedikit saja. Lebih banyak makan sayur. Berat bayi saja yang bertambah.

Mengapa perlu jaga gula? Supaya bayi tidak terlalu besar. Kalau besar, bedah sajalah. Tidak boleh. Doktor mahu jaga supaya badan sihat tanpa ada pembedahan lain sebelum bedah jantung. Itu perancangan pakar.

“Apa yang cardiologist dan ONG Hospital Serdang terang hari tu?” Alamak! aku tidak bersedia pula nak menjawab sebab letih menunggu giliran yang agak lama.

“Macam yang ditulis dalam buku itu,” jawabku ringkas yang kemudiannya menyambung dengan agak terkial-kial sebab tidak bersedia.

HKL merujuk kes jantung saya ke Hospital Serdang bagi mendapatkan pandangan kedua. Di sana ECG dan echo turut dilakukan dan keputusannya sama saja. Doktor di sana menjangkakan kemungkinan perlu bersalin pada minggu ke-34 itu ada.

“Your heart need to be repair.” Mak ai! skrip doktor seperti nak kena repair enjin kereta saja. Siapa tidak takut nanti perlu dibedah dada dan jantung.

Ini pakar OnG. Mungkin saja andaian dia itu meleset dan tidak perlu apa-apa pembedahan untuk baiki injap. Bersangka baik bagi memujuk hati sendiri.

Tunggu cardiologist IJN terang detail nanti baru boleh pegang. Sekarang rileks-rileks dulu. Mungkin cukup saja dengan pengambilan ubat.

“Saya bimbang juga dengan ubat frusemide yang puan ambil ini. Tidak mengapa nanti saya akan berbincang dengan cardiologist IJN terus dapatkan appointment puan dengan mereka di sana.” Angguk saja.

Kemudian kerja-kerja imbasan bayi di dalam kandungan dilakukan secara terperinci. Setiap organ diperiksa perkembangannya termasuk otak, buah pinggang, jantung, saiz badan dan beratnya. Syukur semuanya baik.

“Nanti temu janji seterusnya saya akan scan bahagian muka. Hari ini tidak dapat scan kerana mukanya menghadap ke bawah.”

“Puan boleh stop zincofer sebab hb ok,” beliau memberi arahan walaupun rekod hb yang dirujuk itu 3 bulan lepas. Aku suka saja sebab malasnya mahu makan ubat dan supliment ni.

Mahu dapatkan produk Najlaa Baby? Boleh terus ke kedai online saya http://www.najlaababy.com/beli-online/

Atau boleh WA saya untuk bertanya dan membeli https://tipnajlaababy.wasap.my