Assalamualaikum…

Bagi mereka yang terlepas kelas bersama Puan Gee, di sini saya cuba panjangkan apa yang disampaikan di dalam kelas itu.

Posting ini hanya intro untuk kelas membina matlamat hidup. Saya akan masukkan bab demi bab supaya posting tidak panjang dan lebih berstruktur. Dan yang lebih penting mudah diakses, dibaca seterusnya difahami. Jangan lupa aplikasikan.

Usaha saya hanya menyalin semula apa yang ditulis oleh beliau. Ini kerana bagi mengulas semula dan mengolah semula memerlukan masa yang lama. Jadi saya hanya menyalinkan tulisan asli daripada beliau. Sila nikmati dan kita ambil manfaat bersama-sama.

 

 

“Bila usia kita menginjak ke tahun baru… kita semakin matang, dan tidak sepatutnya… Hidup dgn cara yg sama seperti tahun tahun lalu.

Bila makin dewasa…
Ilmu makin bertambah, solat semakin tepat pada waktu, pelbagai kejayaan kecil dan besar di raih, pendapatan meningkat, dulu rumah sewa, sekarang rumah sendiri… Adanya perubahan perubahan positif

Malam ni itu yg kita nak belajar…

“Craft the Success Journey”

 

Klu ada yg tak kenal…

Saya Gee founder Najlaa. Saya pernah hidup susah dgn anak2 kecik 3 org dan dgn tulang 4 kerat, saya bangkit dari poket yg kemarau menjadi Million

Saya tak nak berjaya sorang2… Saya nak ajar anda berjaya juga.

 

Utk Berjaya… Dia ada prinsip kejayaan

 

 

1- Orang Berjaya dia kenal Matlamat Hidupnya.

2-Kemudian dia berusaha bersungguh sungguh mencapai Matlamat Hidupnya.

 

MASSIVE ACTION

Dia berusaha…bekerja keras, kadang2 melalui malam2 tanpa tidur, berkorban bak kata pepatah “dengan darah dan air mata”

Ini sikit2 merungut, nak meniaga iklan setahun sekali, tidur tak 10 jam tuu tak cukup… Mampoihh, Step out Comfort Zone!

Ini tanda-tanda orang Berjaya

3-Berfikiran besar dan Fokus kepada matlamat.

Berfikiran besar ni… Dia berani bermimpi the impossible become possible. Sekarang pendapatan saya RM 600, pada April 2018 pendapatan saya adalah RM 6000. Pada December 2018, saya seorang jutawan

Dan dia FOKUS kepada matlamat ini. Buat sampai BERJAYA… bukan buat kejap kejap je. Pusing pi tang lain pulak. Akhirnya…bertahun tahun asik terpusing di situ…takpi mana mana.

4- Hatinya sentiasa bersyukur… Bukan asik kondem, merungut, putus asa. Org bersyukur ni… Jiwa jd tenang dan positif, membawa kpd momentum kejayaan.”

 

Ikuti nota selanjutnya dalam posting akan datang berkenaan Menulis Matlamat Hidup. Saya perlu ke kantor dulu.