Manakah yang lebih disukai oleh anak-anak, membaca ataupun bermain? Ini soalan mudah dijawab :). Tentulah main.

Tetapi kita sebagai ibu bapa perlu bernas dan kreatif bagi memupuk minat membaca. Salah satu caranya, tetapkan syarat membaca dahulu apa-apa jua buku yang diminati, kemudian baru boleh bermain.

“Ibu, jom kita main basikal di luar,” ajak si kecil.

“Baik, tetapi apa kata kita baca satu cerita dahulu kemudian baru keluar bermain,” cadangan bernas si ibu.

Aktiviti membaca anak kecil tidak perlu banyak muka surat ataupun buku tebal, cukup sekadar cerita ringkas tetapi dilakukan selalu. Beginilah salah satu cara memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak.