Ayat pertama al-Mulk cukup menggugah perasaan. Melafazkannya cukup untuk mengalirkan air mataku. Kerana sangat terasa KEAGUNGAN TUHAN. Ini disebabkan ada perkataan AL-MULK itu sendiri yang berarti kerajaan.

Antara yang terlintas di benak, ‘Aku bukan kakitangan kerajaan’. Tiada gaji apatah lagi pencen yang akan diterima daripada kerajaan. Harus bagaimana hidupku ketika tua nanti? Terus aku beristighfar, kerana sangat berdosa berfikir begitu.

Sedarlah wahai diri! Siapa pemilik sebenar kerjaan negara kita? Allah pemilik segala kerajaan. Dia pentakdir segala sesuatu. Allah Raja segala raja. Dia maha Kaya, mintalah padanya.

Jadi apa? Carilah redhaNya. Buat apa disuruh, tinggal apa dilarang dalam usaha mencari kecemerlangan dunia akhirat. Jalan terus, jaga iman dan usaha untuk capai takwa hingga dirimu pejam mata. Setiap detik ingat pada-Nya, mohon ditakdirkan dengan yang baik-baik saja dan jangan dibiarkan kita menentukan nasib diri sendiri walau sekadar sedetik pun, walau sekadar sekelip mata pun. Allahuakbar!