Basil Bernstein adalah pakar sosiologi dan linguistik British. Beliau mengkaji bahasa yang digunakan oleh sekumpulan kanak-kanak selama 25 tahun dan daripada kajian itu beliau mencipta Teori Kod Bahasa. Menurut beliau, kod bahasa terbahagi kepada dua iaitu elaborate code dan restrict code.

Dalam kajian, beliau mendapati kanak-kanak middle class menggunakan elaborate code apabila bercakap. Ibu bapa mereka kebanyakkannya memiliki ijazah. Manakala kanak-kanak low class menggunakan restrict code dan ibu bapa mereka mempunyai pendidikan yang rendah.

Bagaimana mengenali elaborate code? Lihat bagaimana ibu bapa yang terperlajar bercakap dengan anak mereka. Ayat-ayat yang digunakan kompleks, panjang, dan banyak perbendaharaan kata. Manakala ibu bapa yang menggunakan restrict code cenderung bercakap menggunakan ayat yang pendek, mengarah, ringkas dan tidak banyak perbendaharaan kata.

Daripada hasil kajian selama 25 tahun itu, beliau mendapati kanak-kanak middle class mempunyai prestasi yang lebih tinggi sama ada pada peringkat sekolah mahupun kerjaya. Pada peringkat sekolah mereka selalu mendapat keputusan cemerlang dan selalu kehadapan. Semasa bekerja pula kebanyakkannya bekerja di syarikat-syarikat besar. Kesimpulannya, penggunaan bahasa berkait rapat dengan prestasi. Bahasa baik, akademik baik, kerja pun baik. Begitu juga sebaliknya.