Mengandung kali ini lebih kepada tidak terancang. Mengandung sebab tidak ambil apa-apa kaedah perancang keluarga. Hampir semua jenis perancang keluarga pernah ambil sejak lepas melahirkan anak sulong.

  • Jenis suntikan 3 bulan sekali – ok sesuai, cuma tidak boleh amal lama sangat nanti memberi kesan kepada tulang. Itu yang diberitahu oleh doktor dalam bidang perbidanan.
  • Jenis IUCD – Pernah guna. Kemudian tidak boleh guna lagi kerana boleh mengakibatkan jangkitan kuman pada jantung saya yang bermasalah.
  • Jenis pil – cuba juga ambil beberapa bulan. Tidak sesuai dan sakit kepala.
  • Implanon – tidak pernah cuba sebelum ini kerana diketahui akan mengganggu kelancaran haid. Paling menyusahkan adalah mengira hari suci untuk kita solat dan beribadah. 

Dua bulan kosong tanpa perancang. Bulan ketiga period sudah tidak muncul. Jeng.. jeng.. jeng… Beli UPT dua kali dan test. Kedua-duanya positif. Nampak saja kurus, tetapi tahap kesuburan amat tinggi. Alhamdulillah untuk kandungan kali ini dan waktu itu sudah pesan kepada ahli keluarga bersedia untuk ambil alih tugasan ibu memasak dan mengurus keluarga. Mabuk teruk akan tiba tidak lama lagi.