Sebelum mula menulis, penulis perlu faham apa yang berlaku semasa aktiviti membaca dijalankan dan bagaimana maklumat diproses. Ada ayat yang mudah difahami dan ada yang sukar. Ia bergantung pada kelajuan membaca.

Terdapat dua jenis kelajuan membaca iaitu kelajuan mata bergerak di atas teks dan kelajuan otak memahami teks. Manakala kelajuan otak memahami teks pula bergantung pada bagaimana ayat itu ditulis. Ayat yang mudah difahami adalah ayat yang mematuhi tertib waktu. Tertib waktu juga dikenali sebagai kronologi waktu.

Contoh ayat: “Pakai stoking baru pakai kasut.” mempunyai kronologi waktu yang betul iaitu perkara yang berlaku dahulu disebut dahulu, dan yang berlaku kemudian disebut kemudian. Ini adalah ciri ayat aktif. Jadi gunakan ayat aktif dalam penulisan.

Lihat ayat berikut, Contoh ayat: “Sebelum pakai kasut, pakai setoking dahulu.” Ayat ini adalah ayat pasif dan tidak mematuhi kronologi waktu. Ia menyebabkan otak dan mata tidak dapat membaca dengan kelajuan yang sama, malah otak perlu bekerja dua kali ganda berbanding mata.