Seronok apabila dapat bantu anak kecil yang tidak sihat. Seronok apabila ibu-ibu gembira lihat anak kecil kembali pulih.

Minggu lepas seorang ibu mencuba BALM HITAM NAJLAA untuk anaknya yang selesema. Anaknya sudah 2 kali nab. Tapi tidak sembuh. Selepas menggunakan balm, alhamdulilah ada perubahan positif. 2 hari kemudian beliau membeli satu unit lagi balm hitam untuk diletakkan di rumah pengasuh anaknya.

Kisah kedua, seorang ibu meminta untuk saya COD 3 botol HERBAL OIL kepadanya jam 10 malam. Ibu muda ini sangat susah hati kerana anak kecilnya berusia 3 bulan demam 39.5 darjah celcius. Walaupun lewat malam, demi rasa simpati kepada si ibu yang sedang runsing dan si anak yang sedang demam, saya bertemankan anak perempuan menghantarkan Herbal Oil kepada beliau.

Keesokkan pagi saya mendapat mesej gembira daripada si ibu dengan menyatakan yang suhu badan anaknya pulih. Alhamdulillah.. semuanya dengan izin Allah.