Bebaskan orang yang kita sayang melakukan apa yang dia mahu. Asalkan dia menjaga hak-hak kita, dalam batas-batas agama, tidak menyalahi undang-undang, tidak menyusahkan kita. Menyusahkan sikit-sikit itu biasalah.

Sekiranya kita tidak bersetuju dengan tindakan mereka, nyatakan pandangan dan perasaan kita. Mereka mahu dengar ataupun tidak itu bukan urusan kita. Tidak perlu paksa-paksa tidak perlu gaduh-gaduh. Hati makhluk hanya Khaliknya sahaja boleh mengawal.

Kita tinggal berusaha dengan memberi pandangan yang entah betul entah tidak, dan berdoa supaya Allah memberikan yang terbaik buat kita bersama. Apa yang akan berlaku nanti, serah pada Allah dengan sentiasa bersangka baik kepada-Nya. Lapang dada!

-Bebas tanda sayang.
-Bebas tanda menyokong.

Mengongkong sikit-sikit tu oklah. Tanda ambil berat mungkin.

Selamat bekerja!

Pesanan ikhlas dari saya Ajen NAJLAA BABY SKINCARE