Anakanda kedua menyertai perkhemahan Print ’17 anjuran KRS Ikram Musleh di Ampang Pecah selama 5 hari. 5 hari tau. Lama juga bagi budak darjah 5. Anak lelaki, faham-faham sajalah bagaimana dia mengurus diri.

Selain pakaian, makanan, sleeping bed, ibu turut bekalkan HERBAL OIL dan BABY BALM.

Tahu mengapa? Berada di tapak perkhemahan tentu banyak serangga yang akan menggigit. Nanti tergatal-gatal. Jadi, bila terasa gatal digigit serangga ambil BABY BALM dan terus sapu. Jangan biar tergaru-garu hingga luka.

Sebelum tidur, ibu sudah pesan supaya sapu tangan kaki yang terdedah dengan HERBAL OIL. Nyamuk tidak suka baunya. InsyaAllah kurang dihinggap dan digigit nyamuk nanti.

Kita ikhtiar untuk memberi yang terbaik buat yang tersayang. Semoga dalam sesi perkhemahan kali ini, anakanda dapat mengutip sebanyak-banyak pengalaman dan mutiara ilmu serta bergembira menjalin ukhuwah sesama rakan TKRSnya.