Sebagai manusia pernah kita alami begini, sudah pesan berkali-kali tetapi dia buat juga benda yang tidak sepatutnya buat.

  • Pesan dah pada anak, tetapi kena ulang benda yang sama hari-hari.
  • Pesan dah pada pasangan, tapi buat juga perkara yang lama.
  • Pesan dah pada rakan sekerja, tetapi tidak juga berubah.

    Pesan dah pada murid. Tapi berlaku lagi.

    Beginilah. Hayati surah al-asr.

    “Kita semua kesuntukan masa. Ramai yang masih rugi. Melainkan orang yang beriman dan buat baik. Berpesan pada kebenaran berpesan pada kesabaran.”

    Bermakna apabila kita pesan orang suruh buat baik, kita pun kena juga pesan pada diri bersabar. Mereka bukan akan ikut terus apa yang kita pesan, boleh jadi mereka tidak faham. Boleh jadi pintu hati belum dibuka.

    Sabarlah duhai hati… sayang semua

    Adaptasi daripada Motivasi pagi Ust. Don.

    Masih dalam konteks ‘pesan’. Dan Sesiapa mahu pesan Najlaa Baby sila beritahu saya