Apabila kita berhajat sesuatu kita seringkali memohon, merayu pada Tuhan. Satu cara berdoa supaya Allah memakbulkannya adalah dengan bertawassul.
Tawassul bermakna meletakkan sesuatu sebagai perantara semasa meminta kepada Allah.
Menurut Ustaz Ahmad Dusuki, ada 3 cara tawassul yang dibenarkan syarak.
1. Kita dahulukan doa memohon hajat itu dengan menyebut kepada Allah kebaikan yang pernah kita lakukan. Sudah tentulah kebaikan itu kebaikan yang terbaik, paling ikhlas pernah kita lakukan. Renung-renungkan, apakah amalan kebaikkan kita yang paling ikhlas, the best! dan paling bersih dari sifat ujub, sombong, riak dan sebagainya.
2. Bertawassul dengan orang soleh yang masih hidup. Yang masih hidup! Bukan orang mati. Ini bermakna, kita meminta orang soleh mendoakan kita supaya tercapai hajat-hajat yang dimahukan.
3. Bertawassul dengan menyeru dan menyebut nama-nama Allah yang 99. Pilihlah nama Allah yang sesuai dengan hajat kita. Sebelum itu, sudah tentulah kita perlu tahu maksud asma’ Allah yang 99 itu. Jadi, sekiranya belum ingat maknanya, nah! inilah homework untuk hari ini. Menurut Ustaz lagi, semua masalah kita di atas dunia ini apabila diperincikan ia dapat dikategorikan mengikut 99 nama Allah ini. Rugi kalau kita belum hafal asmaul husna dan tidak tahu maknanya.
Sekian daripada saya, bukan ustazah yang mahu sebarkan tip, nasihat dan kebaikan 🙂