Ada ramai antara kita yang mengeluh kerana hidup susah dan tidak senang-senang. Lepas satu masalah datang masalah yang lain. Katanya, “Bila nak senang ni.”

Ada yang dibelit masalah hutang
Ada yang tinggal berjauhan suami isteri
Ada yang diuji dengan penyakit
Ada yang diuji dengan kematian
Ada yang bisnesnya jatuh lalu bankrap

1001 masalah. Mengapa? Bagi menjawabnya hayati apa kata Tuhan,

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah.”(Q.S Al-Balad[90]:4)

Nampak nature kehidupan dunia? Susah. Payah.

Berhenti merungut. Usah mengharapkan keselesaan berpanjangan di dunia ini. Mari kita hadapi susah payah ini dengan sabar sehingga kita bertemu Allah dan memperoleh kehidupan ‘di sana’ dengan aman, damai, selesa, gembira, bahagia hendaknya ?.

Jom! Ceria-ceria semua ?

#motivasidirisendiridulu
#najlaababywangsamaju