Tanda soal digunakan untuk ayat pertanyaan. Adakalanya ayat itu sekali dengar ataupun baca, ia seperti ayat pertanyaan tetapi ia tidak perlu menggunakan tanda soal pada hujung ayat. Ayat jenis ini ditulis sebenarnya bukan mahu bertanya, tetapi mahu memancing interest. Orang yang menulisnya mahu menarik orang lain supaya membaca apa yang ingin disampaikan.  Ayat jenis ini tidak perlu tanda soal. Ayat yang digunakan sebagai tajuk buku dan subtajuk kebanyakannya bukan ayat tanya, tetapi mahu memancing interest. Ini salah satu teknik copywriting. Antara tajuk buku PTS yang menggunakan ayat jenis ini adalah Bagaimana Saya Boleh Menjadi Jutawan dan Apa Itu Hadis. Tajuk entri ini juga salah satu contoh yang betul.