Buku pilihan saya untuk para ibu hari ini adalah Seni Berfikir Kreatif untuk Bisnes dan Hidup.

Semak sama ada pemikiran kita selekeh ataupun tidak. Bagi membina cara fikir yang baik dan kreatif:

  1. Kita bersedia melakukan kesilapan dan sentiasa terbuka.
  2. Terus meneroka potensi cara berfikir lain.
  3. Tidak mencari salah orang lain.

Mengapa Perlu Fikir Kreatif?

Fikiran kreatif mampu memandu kita mengendalikan dan menguruskan masalah dengan perspektif atau idea segar.

Fikiran kreatif menjadikan hidup kita lebih mudah dan berkesan.

Fikiran kreatif membimbing kita mencipta peluang, dan bukan hanya berebut peluang yang sedikit itu.

Kita perlu sedar pemikiran kreatif sebagai bakat hanya berlaku kepada sekumpulan kecil manusia. Sedangkan kebanyakan kita mampu berfikir kreatif dengan latihan dan rangsangan yang betul.

“Aku tidak cukup pintar untuk berfikir kreatif.”

Lihat fakta ini. Kepintaran dan kemahiran berfikir adalah 2 benda berbeza. Kepintaran umpama tepung. Kemahiran berfikir umpama teknik menguli dan mengadun bagi menjadikan tepung itu kuih-kuih yang berbeza. Berita baiknya adalah teknik berfikir dapat dipelajari, dilatih dan dirangsang oleh semua orang.

Bayangkan, masalah anda yang sekian lama tidak nampak jalan keluar, dapat diselesaikan dengan ubah cara fikir, ubah rutin, ubah persepsi. Mula dengan perubahan kecil dan lihat hasilnya.

Buku Seni Berfikir Kreatif ini dapat membantu anda bagi mencapai perkara yang disebutkan di atas.

Mahu dapatkan buku ini?

WhatsApp saya untuk bertanya dan membeli https://tipnajlaababy.wasap.my