Menurut Bernstein lagi kejayaan akademik dan kecemerlangan dalam kerjaya berkait rapat dengan penggunaan bahasa. Orang yang menggunakan elaborate kod, prestasi dalam akademik dan kerjaya meningkat. Begitu juga sebaliknya.

Ahli psikologi yang menyokong teori ini meyakini teori kod bahasa ini ada kaitan dengan persepsi dan estim diri. Bercakap menggunakan elaborate kod menyebabkan orang yang mendengarnya mempunyai persepsi yang baik kepadanya. Apabila persepsi baik, layanan yang diberikan oleh orang yang mendengar itu tentu juga baik. Apabila layanan yang diterima baik, tentu estim diri juga meningkat

Kesimpulannya, kanak-kanak yang baik bahasanya apabila bercakap mendapat layanan yang baik daripada gurunya. Oleh itu, estim diri meningkat dan dia mudah belajar seterusnya berjaya dalam akademik. Apabila mereka dewasa, bahasa yang baik digunakan semasa temu duga kerja. Penemu duga yang mendengarnya juga menghasilkan persepsi yang baik dan layanan yang diberikan juga baik. Jadi, mereka cepat mengecap nikmat kejayaan dalam kerjaya.