Buasir ada dua jenis, buasir dalaman dan luaran. Buasir luaran pula ada 4 peringkat. Peringkat 1 buasir hanya berdarah, tetapi tidak keluar. Peringkat 2,Buasir terkeluar dan boleh masuk sendiri sama ada berdarah ataupun tidak. Peringkat 3, buasir terkeluar dan perlu ditolak dengan jari sama ada ia berdarah ataupun tidak. Peringkat 4, buasir terkeluar dan tidak boleh langsung dimasukkan semula.

Saya pernah alami buasir peringkat 1. Ada kalanya sakit teramat ketika ‘membuang’. Adakalanya pula darah menitis di dalam mangkuk tandas.

Antara rawatan yang saya pernah ambil adalah rawatan dengan tabib Cina. Di Bidor ada seorang tabib Cina yang sangat mahir dengan rawatan herba Cina. Semasa memasuki bilik rawatan saya tidak ditanya soalan yang biasanya ditanya oleh doktor perubatan moden, “Sakit apa?” Saya hanya diminta duduk dan menghulurkan pergelangan tangan. Langsung nadi diperiksa. Seketika kemudian terus tabib itu menyatakan, “Di dalam badan panas, tentu ada masalah semasa membuang.” Saya agak terkejut kerena tanpa sebarang info daripada saya terus dapat diteka apa masalah kesihatan yang saya alami. Kemudian pemeriksaan air kencing dilakukan dan akhirnya saya dibekalkan dengan ubatan herba CIna untuk msalah ini. Alhamdulillah ia sesuai dengan saya dan masalah semakin pulih.

Selain rawatan dengan tabib Cina, saya juga mengamalkan suppliment Shaklee bagi mengelak sembelit dan meminum air kosong secukupnya. Diet seimbang turut diamalkan. Namun, adakalanya dengan kesibukan urusan kerja dan sebagainya, terabai juga diet seimbang dan terimalah sengsaranya ketika mahu membuang. Apabila ini berlaku kini saya amalkan HERBAL CREAM. Saya sapu hingga meresap pada kawasan anus yang sakit selepas membuang. Sakitnya ketika membuang rasa seperti panas, pedih dan terkoyak, aduh!

Dalam jangka masa sakit itulah keinsafan pun datang. Diet kembali terjaga, dan minum air kosong secukupnya. Sapu HERBAL CREAM sekerap mungkin. Insya Allah ia semakin pulih.