“Puan mesti guna implanon sampai menopause.”
Terkedu sebentar.

Implanon adalah kaedah perancang kehamilan yang paling tidak digemari kerana memberi kesan pada sistem badan nanti. Haid tidak teratur. Perempuan tentu faham. Susahnya mahu kira bilangan hari suci. Tapi itu saja pilihan yang ada.

“Bagaimana BTL, Tuan doktor?”

“Tidak perlu buat pembedahan untuk benda remeh-temeh begini. Tidak elok untuk puan dan ‘simpan’ untuk menghadapi operation jantung nanti.”

“Baik,” akur saja. Takut juga tiba-tiba nanti perlu berdepan dengan beliau lagi. Pasti kena tazkirah panjang.

Secara rasmi ‘kilang’ sudah tutup dan akan dipasang dengan sistem kunci paling ampuh. 6 Tahun lepas pasang kunci juga. Tapi kunci cap ayam gamaknya. Kena ‘ceroboh’ 😅. Tapi ia membawa beribu-ribu hikmah. Alhamdulillah ala kulli hal ..

Kita akan merindui momen-momen indah itu …