Fog indeks atau indeks kabus ialah alat mengukur tahap kebolehbacaan bahan bacaan seperti buku, majalah akhbar dan sebagainya. Indeks kabus juga dikenali sebagai indeks kebolehbacaan atau readibility indeks. Apabila bahan bacaan itu mudah difahami oleh pembaca sasaran bermakna indeks kabusnya rendah dan begitulah sebaliknya. Indeks kabus rendah menunjukkan bahan bacaan itu sesuai diterbitkan.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh Majalah Reader’s Digest menggunakan indeks kabus kanak-kanak berumur 12 tahun. Itulah sebabnya kandungan majalah itu mudah difahami. Manakala majalah Times menggunakan indeks kabus remaja Amerika 18 tahun.

Penulis perlu tahu siapakah golongan pembacanya. Apabila bahan bacaan itu ditujukan kepada golongan ibu bapa indeks kabus sebaik-baiknya 18 tahun ataupun kurang. Ini kerana golongan ibu bapa mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan dan ada yang berkahwin sebaik sahaja tamat SPM. Bagaimana cara mengujinya? Apabila selesai menulis, berikan bahan penulisan itu kepada individu yang berusia 18 tahun dan uji kefahaman mereka. Bahan itu layak diterbitkan dan indeks kabusnya rendah sekiranya ia dapat difahami olehnya. Apabila menulis buku untuk kanak-kanak  prasekolah, uji pula kefahaman kanak-kanak 6 tahun.