Bagi ibu-ibu pertama kali mengandung dan mengalami mabuk teruk, jangan sedih. Anda bukan keseorangan. Ramai yang begitu. Pengalaman saya sendiri yang pernah 5 kali mengandung, tahap mabuk itu sama saja tidak kira kandungan itu anak lelaki ataupun perempuan.

Tidak lalu makan langsung, muntah, berat turun hingga tinggal 38 kg, pening, tidak suka bau orang lain termasuk suami dan anak, benci lihat dapur dan makanan, termuntah bau nasi, nasi berasa seperti pasir, hanya mampu terbaring, tidak mampu bercakap, letih, lesu semua pun ada. Tetapi memang itu yang Allah sudah beritahu dalam Quran, ibu yang mengandung akan letih, lesu.

Pesanan saya, kita tahan dan bersabar saja. Ia akan berlalu pergi jua suatu hari nanti. Emosi kita sedang terganggu. Fizikal kita sedang mengalami pelbagai perubahan bentuk dan hormon. Tidak mampu tersenyum lagi waktu itu. Minta maaf saja kepada sesiapa yang tercedera emosinya kerana tindak tanduk kita yang tidak stabil waktu ini.

Tips yang membantu adalah guna Herbal Oil dan Balm Najlaa apabila rasa mual dan pening.