Pernah dengar MFM? Sebelum ini 5 kali mengandung dan salah satunya ectopic pun tidak pernah sampai ke unit ini. Mengandung kali keenam baru sampai. Baru tahu kewujudan unit ini.

Ibu mengandung yang dirujuk ke unit ini tentu ‘istimewa’. Tidak semua hospital kerajaan ada unit ini dan salah satu yang ada unit ini adalah HKL. MFM dikendalikan oleh pakar O&G yang mempunyai pengalaman luas dan subkepakaran dalam bidang Obstetrik.

Sekiranya di klinik kesihatan ibu anak dan klinik O&G biasa ibu mengandung akan menjalani pemeriksaan asas sahaja. Di MFM setiap kali temu janji, pemeriksaan dibuat oleh pakar secara lebih menyeluruh. Perbincangan berkenaan ubat-ubat yang diambil lebih mendalam.

Imbasan bayi dilakukan secara terperinci bagi melihat perkembangan semua organnya, kecacatan sekiranya ada, kadar oksigen yang diterima bayi, kesan ubat yang diambil oleh ibu ke atas bayi dan sebagainya.

Ini kerana ibu yang dirujuk di sini kebiasaannya mempunyai risiko tinggi sepanjang mengandung disebabkan oleh masalah kesihatan tertentu yang dialaminya.

Sepanjang berurusan di MFM dan Klinik O&G HKL servisnya sangat baik. Dr. Munis pakar O&G yang merawat pun sangat baik orangnya.

Mahu dapatkan produk Najlaa Baby? Boleh terus ke kedai online saya http://www.najlaababy.com/beli-online/

Atau boleh WA saya untuk bertanya dan membeli https://tipnajlaababy.wasap.my