Tahun ini anak bongsu (rasanyalah) 5 tahun dan mula melangkah ke tadika. 4 orang anak ragam mereka berbeza-beza.

Anak sulung minggu pertama tiada masalah. Apabila ditinggalkan di tadika hari pertama, nampak juga cuak tetapi dia dapat mengawal dirinya. Anak kedua menguji kesabaran sikit, habis tudung ibu dibuat lap air mata dan hingus. Silap hari bulan boleh tercabut tudung. Anak ketiga hampir sama dengan anak sulung. Anak keempat ini lain macam nampak steadynya. Sejak hari pertama senyum saja. Sampai hari ini sudah hari kelima masih cakap sekolah ‘fun’. Walaupun ada cerita cikgunya pegang rotan, telinganya dipusing. Alhamdulillah.

Karekter berbeza yang ditunjukkan anak-anak sering kali mengingatkan diri ini ketika mengandungkan mereka. Banyak pengaruh rupanya pada anak yang dikandungkan.

Anak bongsu ini nampak sikap berdikarinya. Pandai bawa diri. Yakin. Teringat sepanjang mengandungkannya memang banyak perkara ibunya selesaikan sendiri, terutama hal menguruskan anak-anak, diri dan anak dalam kandungan. Bukan suami tidak prihatin, tetapi beliau sangat sibuk dengan urusan bisnes. Selalu outstation. Checkup mengandung semuanya dilakukan sendirian sejak anak sulung. Boleh kira berapa kali diteman kerana saya sendiri senang begitu kerana dirasakan tidak perlu menyusahkan hal yang mudah.

Tiba masa melahirkan si bongsu, suami ada kursus. Beliau seorang trainer. Antara yakin dengan tidak tanda-tanda melahirkan sudah ada, capai kunci kereta dan pandu sendiri ke hospital. Anak-anak lain ditinggalkan bersama ayah mertua.

Alhamdulillah proses bersalin berjalan lancar dan lahirlah si bongsu yang ceria, sihat dan tenang saja tingkahnya.

Jadi, ibu-ibu yang mengandung, jaga diri. Tidak mahu sedih-sedih, mendung-mendung, berduka-nestapa selalu. Kawal rasa itu. Senyum selalu dan bertenang. Banyak baca doa, zikir dan al-Quran.

Dan satu lagi, kalau pening, muntah, loya, sapu saja BABY BALM NAJLAA. Sakit urat, lenguh pinggang sapu HERBAL OIL. Kalau belum ada boleh oder dengan saya. Ambil HP wasap ke 0162605502 😉

Ini tip penting buat para ibu mengandung. Selamat beramal.