Tidak mengapa apa jua rupa keputusan SPM kamu, nak.

Ramai yang beri ucapan dan kata-kata motivasi. Bonda pun tidak mahu ketinggalan. Nah!

  • Belajar urus hidup dengan baik sejak awal.
  • Belajar urus masalah kehidupan jangan lari dan lepas tangan.
  • Ibu ayah, nasihat mereka mesti didengari biarpun kita dah besar kerana mereka insan yang paling boleh dipercayai di atas muka bumi ini dan tahu kekurangan dan kelebihan kita.
  • Elak berhutang dalam urus kewangan diri. Jangan membazir. Tahan nafsu dan keinginan.
  • Lelaki, mula dari sekarang bersiap untuk menjadi imam kepada keluarga dalam erti kata tambah ilmu dan jangan berhenti belajar. Terutama ilmu agama dan kehidupan, kerana ilmu sangat berguna dalam membuat keputusan dan tindakan demi masa depan keluarga.
  • Bulatkan semangat, cari jalan dan bertekad demi mengejar cita-cita dan impian. Jangan mengalah.
  • Minta kepada Allah bagi menentukan nasib yang baik-baik saja untuk kita dan jangan biarkan kita menentukan nasib kita sendiri walau sekadar sekelip mata pun.

Nah! Cukup sekadar ini dahulu. Nak lagi? Jom! Kita berusrah