Salah seorang mini ajen Najlaa menceritakan pengalamannya selama menggunakan Najlaa Baby ke atas anaknya yang mengalami eczema. Ikuti penceritaan beliau seterusnya.

“Bayi saya mengalami eczema pada pipi sejak berusia 6 bulan. Selepas mengambil suntikan imunisasi ketika berusia 6 bulan itu eczemanya bertambah teruk. Kemudian saya mula menggunakan Herbal Cream pada pipinya. Apa yang berlaku adalah, eczemanya semakin teruk, sangat gatal dan tergaru-garu. Lagi memburukkan keadaan ia menjadi berair. Suami mula tidak puas hati dengan Herbal Cream dan mula marah-marah.

Kami membawa bayi ke klinik dan membeli ubat di farmasi. Ubat itu sangat berkesan. Pipi anak menjadi licin. Saya sangat gembira. Namun apabila bekalan ubat habis, ruam itu naik kembali beserta biji-biji berair. Dalam diam tanpa pengetahuan suami, saya guna Herbal Cream semula. DIikuti dengan penggunaan Sakura Soap.

Apa yang berlaku keadaan sama seperti permulaan menggunakan Herbal Cream dulu. Pipi berair sehingga air bisa itu menitis ke baju anak. Saya nekad dan kuatkan semangat serta bersabar bagi menggunakan Herbal Cream. Saya yakin akan keberkesanannya nanti.

Selepas 3 hari menggunakan HERBAL CREAM dan SAKURA SOAP, eczema anak meunujukkan tanda-tanda pemulihan. Saya sangat teruja dan memberitahu suami. Kini saya mendapat kesan yang sangat memuaskan hati .

Selepas baik sepenuhnya, saya akan menggunakan SERUM bagi merawat parut pada pipi anak seterusnya menjaga pemakanan serta persekitaran supaya eczema tidak berulang.

Jadi, ibu bapa di luar sana, jagan cepat berputus asa apabila mengalami seperti apa yang saya alami pada peringkat awal itu. Sabar dan kuatkan semangat. Yakinlah.”

 

Begitulah kisah salah seorang mini ajen Najlaa Baby. Mengapa saya tidak sertakan namanya. Bukan kerana hendak sembunyikan ataupun ini kisah rekaan. Ini kerana saya menyimpan kisahnya namun terlupa menyimpan nama si pencerita.
Ayuh kita ikuti pula ulasan Puan Gee Alma, pengasas NAJLAA BABY SKINCARE berkenaan hal ini.
“Sebenarnya, keadaan menjadi teruk selepas menggunakan HERBAL CREAM itu adalah proses penyembuhan. Cara HERBAL CREAM sembuhkan kulit adalah dari dalam kulit itu sendiri. Jadi, apabila ia bekerja dari bahagian dalam, menyembuhkan sel-sel dalam kulit, air bisa akan naik ke atas. Itu sebabnya pada peringkat awal kulit berair. Dan proses penyembuhan menyebabkan kulit menjadi gatal. Perlu tahan daripada menggaru.
Apapun saya ucapkan tahniah! kepada ibu-ibu yang tabah dan sabar serta sanggup melalui fasa itu.”