Kebanyakan bayi baru lahir mengalami jaundice. Pelbagai petua pasti diamalkan bagi mengurangkan tahap kuning bayi.

Apa yang penting, ibu perlu menyusukan anak sekerap mungkin. Susu badan ye. Bukan susu formula.

Anak kuning ini suka tidur. Jadi ibu kena rajin bangunkan bayi menyusu. Sekiranya dia tidur lebih 2 jam patut dikejutkan untuk minum susu.

Antara lain yang penting adalah menjaga pemakanan ibu. Petua yang pernah didengari, ibu perlu elak makan halia, milo, lada dan herba termasuk jamu hingga bayi sembuh kuning.

Semasa mengandung elakkan makan makanan ringan, fast food, meggi, jeruk dan makanan tidak berkhasiat lain. Gantikan dengan kekacang, kurma, kismis dan lain-lain sebagai kudapan. Ramai yang berpendapat antara faktor kuning anak disebabkan ibu banyak makan makanan ‘merapu’ ketika mengandung.

 

Petua #1 : Daun Belimbing Buluh

Kisar daun belimbing buluh dan mandikan bayi.

 

Petua #2: Sengkuang Cina (Waterchestnut)

Ibu mengandung elok amal makan sengkuang Cina pada bulan-bulan akhir mengandung. Boleh cari di Tesco

 

Petua #3: Daun Salam

Ambil daun salam dan ramas-ramas di dalam air. Mandikan bayi dengan air daun salam itu. Tidak perlu bilas dengan air paip.

 

Petua #4: Daun Kucai dan Asam Jawa

Ramas daun kucai dan asam jawa dalam air. Mandikan bayi.