Kali ini Puan Gee berkongsi dengan kami para  usahawan Najlaa Baby Skincare, apakah faktor utama kejayaan beliau dalam mengusahakan Najlaa Baby ini. Jom! kita baca dulu.
“RAHSIA BESAR KEJAYAAN NAJLAA
Saya dulu berhenti kerja jatuh susah dgn anak-anak kecik lg, sorang diri…masyaallah, letih dan penatnya masa lalu, kisah sedihh berteman air mata, dan hati yang takut setiap hari… Takut anak-anak menderita bersama.
Saya lansung tak fikir… Mampu jadi jutawan kaya dan berjaya. Sebut saja jutawan… Gelaran itu pada fikiran saya, hanya mampu di raih oleh tokey tokey besar, modalnya juga besar, ada blueprint, accountant bagai, ada ramai pekerja… Akhirnya, terbantut saja, Mustahil boleh jadi jutawan dengan duit RM 100 hinggit.
Kita lupa Juta ka, Billion ka pemiliknya Allah…
Saya mulakan jual produk Najlaa, ikhlas untuk bantu orang orang susah untuk merawat anak mereka. Saya mengerti hidup susah… Walaupun produk Najlaa mahal dan payah… Saya niat jual harga mampu milik… Supaya anak- anak mereka sembuh.
Dengar lah cakap saya… Dengan N. I. A. T ini… Ianya meraih kedudukkan tertentu, dan Alhamdulillah berkembang maju jaya… Walaupun saya berkain batik, baju lusuh, produk homemade, kendong anak-anak kecik
“Ketahuilah bahwa pertolongan Allah kepada hamba-Nya seimbang dengan niatnya. Barang siapa yang sempurna niatnya, maka akan sempurna pula pertolongan Allah baginya. Sebaliknya, jika niatnya kurang sempurna, maka akan berkurang pula pertolongan Allah sesuai niatnya itu.”
Jadi, mulakan langkah kita bisnes Najlaa dengan niat yang lurus karena Allah . Untuk bisnes Najlaa, niatlah supaya dapat bantu kanak-kanak dan para bayi yang sakit untuk sembuh daripada kesakitan mereka. Memberi kesihatan, keceriaan dan senyuman dalam hidup mereka.”
Begitulah kisahnya. Apa tunggu lagi. Mari kita aplikasikan apa yang diajarkan dan perbetulkan niat.