Assalamualaikum…
Ke mana menghilang? Lama tidak update?
Antara sebab kesibukan kerja hakiki dalam mengurus syarikat sendiri. Alasan terbesar adalah mengandung. Alhamdulillah kini sudah 34 minggu. Pelbagai cabaran ditempuhi dengan semangat yang ada kala naik, dan selalunya turun. Semua pun tahu alahan mengandung. Saya sejenis yang teruk alahan pada 20 minggu pertama. Sedikit sangat makan dan minum. Sangat memilih. Sangat sensitif. Tidak perlu cerita. Yang pasti terdampar di atas katil saja. Bercakap pun bila perlu. Rumah jadi sunyi sebab tiada ibu yang membebel.

Selepas 20 minggu mabuk berkurang datang pula cabaran lain yang selayaknya orang usia hampir 40 ini mengandung iaitu GDM. Nama penuh GDM adalah Gestational Diabetes Mellitus. Saya tidak perlu insulin, sekadar mengawal diet.

Kemudian diikuti pula masalah injap jantung bocor, MVR. Nama penuh Mitral Valve Regurgitation tahap severe. Ini lebih mencabar. Apabila bergabung severe MVR dan GDM cabaran pun berganda. Cabaran dalam menjaga permakanan, ubat dan suppliment hospital pun perlu diambil dengan lebih serius, temu janji klinik dan beberapa hospital termasuk IJN jadi semakin banyak dan kerap. Dan gabungan kedua-dua ini saya menjadi cepat letih dan emosi begitu sensitif. Kesian suami dan anak-anak.

Pada usia kandungan 34 ini saya rasa pelik sebab lebih semangat. Simptom MVR yang kerap saya rasa sebelum ini berkurang. Mungkin kerana cardiologist menukarkan dos dan jenis ubat baru-baru ini. Alhamdulillah. Terus bersemangat untuk kembali berNAJLAA.

Tunggu update seterusnya. Sudah pasti berkaitan produk Najlaa Baby dan hal ehwal wanita, ibu dan kesihatan.