Dalam entri kali ini saya menyalin semula apa yang diceritakan oleh Pengasas Najlaa Baby Skincare, iaitu Puan Azimah yang lebih dikenali sebagai Gee Alma. Jom! kita ikuti penceritaan beliau seperti berikut.
Untuk yg tak pernah kenal Najlaa… Meh kita berkenal-kenalan
SEJARAH GEE ALMA BERSAMA NAJLAA
Setiap produk ada sejarahnya… dan Najlaa ini asalnya produk bayi yg dihasilkan utk anak-anak kesayangan saya sendiri.
Simbolik perjuangan seorang ibu.
Kisahnya begini, 2011 anak sulung saya lahir dan menderita sawan tangis yg teruk, menangis tanpa henti dari jam 8.00mlm sehingga 8.00pagi esoknya. Selama 2 bulan.
Bayangkan… Letih ya Tuhan. Dalam tempoh 2 bulan ini saya bertemu bermacam-macam pengamal perubatan utk merawat Najlaa. Saya belajar bermacam macam ilmu dgn mereka…terutamanya tentang RUQYAH… since sawan tangis ni gangguan syaitan.
Belajar buat minyak angin yg di Ruqyah…itu lah terhasil nya minyak angin Herbal Oil hari ni. Sheikh yg mengajar saya buat minyak angin menggunakan herba serta RUQYAH ni dikenali sebagai… Sheikh Amin, insan soleh berakhlak mulia yg tidak menerima wang sebagai upah dlm merawat pesakit.
” saya bimbang jika saya menerima wang… Hati saya sakit dgn dunia…Lalu menjauhkan saya dari Allah”
Seterusnya, seusia 3 bulan Najlaa eczema. Saya masa tuu tak tahu… Cream eczema yg saya gunakan Steroid… Kulit Najlaa jadi menipis. Bila tanya Doktor …baru saya sedar tuu steroid.
Saya ni dietitian atau pakar pemakanan. Jadinya saya tahu…nutrien vitamin yg boleh digunakan utk merawat Eczema atau sakit-sakit kulit. Tapi camne nak tonyoh nutrien vitamin ni ke kulit… Ambik buah sayur tonyoh ke guane. Bau hanyir…
Itu saya fikir… Saya kena tahu camne nak buat CREAM. Saya rujuk sana sini utk buat cream…tapi tak beberapa nak jadi elok. Lalu saya bertekad…menghabiskan ribuan ringgit belajar KOSMETIK dgn pakar kosmetik dunia Prof. Dr Rigano. Saya masih ingat…soalan Prof:
“What dietitian do in my class?”
“I do not come here as dietitian… I come here as a mother… My doter has eczema… I want to make natural cream to treat her eczema”
Kawan2 dlm class saya tuu…drp jenama2 besar spt Loreal, Hovid dan sebagainya. Alhamdulillah diorang byk tolong terang what do and dont to produce natural produk.
Balm Najlaa produk paling popular… Dihasilkan utk adik Najlaa iaitu Uwais Al Qarni. Uwais dijangkiti batuk selsema pada usia 3 bulan sehingga di masukkan ke hospital. Saya memang tak tabah tgok prosedur buang kahak. Allahu … Tgok wire dimasukkan kot hidung…sedut kahak…ada darah lg dlm wire tu. Nangisss saya… tahu Uwais sakit… tapi tak dapat tolong… Mampu teriak sama je hu hu
Malam hari bila Uwais tidur…Saya study herba-herba utk batuk selsema… Kumpul herba dan buat balm utk Uwais. Maka terhasil lah Baby Balm seperti hari ni. Itu lah kali terakhir anak- anak saya menghuni hospital…Alhamdulillah
Produk Najlaa bukan produk yg sengaja kita ada-adakan utk mengaut keuntungan. Produk Najlaa wujud kerna Cinta seorang ibu… Perjuangan luar biasa.
Sebab tuu matlamat Najlaa Baby Skincare dan team members Najlaa pun luar biasa…membawa harapan untuk kanak2.
Itu lah SEJARAH NajLaa Baby Skincare. Produk Homemade oleh seorang Ibu yg juga merangkap sebagai Dietitian dan Cosmetic Formulator.
 
“Saya mula memperkenalkan produk najlaa pada umum… Apabila saya lalui sendiri deritanya menjadi ibu yang anaknya sedang sakit

Berat lagi mata memandang Berat lagi bahu mak dan anak yg memikul beban akibat kesakitan itu
Alhamdulillah kini Najlaa digunapakai ramai anak2″
Begitulah kisah yang diceritakan oleh Puan Azimah bagaimana bermulanya Najlaa Baby Skincare.