Setiap orang ada kisahnya. Setiap wajah mempunyai jalan cerita. Begitu juga dengan Serum Najlaa. Produk Najlaa yang semulajadi dan mempunyai multi fungsi, losyen, foundation, anti penuaan, anti parut etc.

Ketika NajLaa di tubuhkan Nov 2014, tiada lagi Serum dalam koleksi produk Najlaa.
.
.

Sehingga lah beberapa pesakit Eczema yang menggunakan Herbal Cream Najlaa untuk merawat ruam ruam ekzema… Mengutarakan pandangan, supaya saya hasilkan produk untuk digunakan selepas ruam ruam ekzema sembuh, untuk melembapkan kulit dan menhilangkan parut. Ini kerana kulit ekzema, kering dan gatal.

Sehinggalah suatu hari, seorang ibu mengadu, anak gadisnya yang ekzema mengalami rendah diri dan malu berhadapan orang ramai. Kerana ekzema telah menyebabkan dia dilihat seperti berdaki, berkurap dan berparut… Dan diejek ejek di sekolah sebagai … Budak kurap.

Kasihankan anaknya, seminggu saya menghabiskan masa mengkaji untuk menghasilkan Serum. Dan beberapa pesakit ekzema telah volunteer untuk menguji keberkesanan produk ini.

Serum pertama dihasilkan dalam bentuk cecair telus pandang, dalam beberapa tempoh waktu kemudiannya formula ni telah diimprove dengan tambahan penapis sinar matahari, maka terhasil lah serum Najlaa hari ini.

Begitu lah sejarah di sebalik terhasilnya #SERUMNAJLAA