“Kalau jadi apa-apa kami akan selamatkan puan. Bayi tidak mengapa. Dia belum lahir. Anak-anak lain perlukan puan. Sekarang kita tidak boleh buat apa-apa sebab mengandung. Ubat pun dos rendah saja.”

Terdiam. Tidak tahu nak respons bagaimana. Panjang sangat sesi consultation kali itu. Macam-macam pesanan.

Allah ada. Allah jaga. Ya, Allah yang jaga diri ini dan bayi kecil yang diberi nama Zaid.

Abang kakak semua keluar 39 minggu. Zaid minta keluar awal. Elok masuk 36 minggu dia sudah beri signal nak keluar. Tidak mahu berlama-lama di dalam. Kesian pada ibu agaknya.

Kisah di wad bersalin HKL, labour room dan wad pemantauan rapi pun macam-macam.

“Bawa troli cepaaat,” jerit doktor selepas periksa jalan. Ditolak ke labor room naik troli sambil ibu duduk bersimpuh. Tidak peduli dengan arah misi yang suruh baring. Malah lengan misi dicekau. Maaf misi.

Seminggu di wad bersalin. Kenderaan pertama Zaid naik adalah grab. Ayah ada kursus maka tidak dapat hantar kami pulang ke rumah.

Kalau sewaktu lahirkan abang cik dulu pergi balik hospital bersalin ibu memandu sendiri. Ayah di mana? Kursus. Itu periuk nasi kita. Ibu sangat faham. Pengorbanan isteri usahawan, begitulah. Syukur Allah jaga semua.

Baru 4 bulan usia zaid, terpaksa pisah susu supaya ibu dapat rawat jantung. Beberapa bulan tidur dengan bibik. Bibik jaga dengan pemantauan tok. Alhamdulillah sekarang kami sama-sama sihat dan kuat.

Selamat Hari Lahir yang pertama sayang ibu, Zaid Rizqi. Cepat berjalan ye, nak. Cepat-cepat berdikari ye, sayang. Jadi anak soleh dan berjaya dunia akhirat.

Hadirmu membawa berjuta hikmah buat ibu.

Syukur kepada Allah untuk semua nikmatnya.

Setahun lalu di HKL

#zaidrizqiturn1
#jurnalzaid