Awal pagi semalam ada orang ajak memancing. Tidak mahu menghadap skrin komputer katanya.

Fikir punya fikir kita memancing tempat paling mudah saja sesuai untuk anak-anak kecil juga iaitu di kolam ikan Prof. Abdullah Hassan  dan Puan Ainon Mohd. di Janda Baik.

 

Pintu pagar masuk kediaman Prof. Abdullah Hassan dan Puan Ainon Mohd.

Dari jam 11 pagi hingga 5.30 petang di sana. Seronok anak-anak kerana memancing di sini mudah dapat ikan. Anak 5 tahun pun pandai letak umpan dan dapat ikan. Luka sikit-sikit kena kail pada jari tu biasalah. Budak baru belajar. Sepatutnya bawa Herbal Cream tadi. Tetapi terlupa.

Hasil memancing sebelah pagi dibuat lauk makan tengah hari. Siap bawa nasi, dapur, dan ramuan memasak yang asas sahaja.

 

Tudiaaa ikan segar dari kolam Prof. Tinggal goreng dan bakar saja.

Sebelah petang sambung memancing. Sedang bersiap-siap mahu berangkat, Prof. Dolah datang, dipelawanya bunga kantan. Apa lagi, memang suka lah. Masak tempoyak, asam pedas, laksa semuanya perlu kantan. Mahal juga harga sebatang kantan pun.

Selepas asar tunaikan janji bawa anak-anak mandi sungai. 6.45 konon mahu balik. Tiba-tiba buat pusingan U ke rumah sahabat Kak Zana dan Abang Mokhtar.

 

Buah tangan orang-orang Janda Baik. Mereka Memang baik!

Seronoknya di sana. Memasak sama-sama, makan sama-sama, berbual pelbagai topik maklumlah jarang jumpa.

Mereka ini pasangan yang sangat baik. Ikan-ikan yang dapat tadi semuanya Abang Mokhtar tolong siangkan. Terima kasih, jasamu dikenang.

Isyak sudah masuk, makan pun sudah, jadi kami bersiap mahu pulang. Mereka berikan tempoyak, macang, ikan pekasam. Indahnya persahabatan. bersilaturrahim murahkan rezeki.

Balik rumah, si bongsu tidak boleh tidur menangis sebab sakit kaki. Biasanya begitu kalau aktif. Mungkin rasa lenguh atau ngilu. Terus capai HERBAL OIL sapu urut-urut hingga dia tertidur.

Abang dan kakak sudah terlelap. Esok kita sapu HERBAL CREAM sebab tadi ibu tengok ada yang tergaru-garu digigit nyamuk Janda Baik.

Sebaiknya apabila melakukan aktiviti luar terutama di kawasan hutan dan semak samun, eloklah kita bawa HERBAL CREAM, BALM, HERBAL OIL atau dikenali juga sebagai SET FIRST AID KIT.

Sapu HERBAL OIL untuk elak nyamuk. Jika ada LOTION pun elok juga.

HERBAL CREAM digunakan bila luka. Tadi ada juga yang jarinya terkena mata kail.

BALM sangat elok untuk pening dan gatal digigit nyamuk.

Saya terlupa bawa kesemuanya, maklumlah sibuk siapkan makanan, joran, baju mandi dan segala bagai lagi.

 

Gembiranya mereka. Alhamdulillah…