Mungkin usia kita sudah banyak. Bukan lagi 20-an. Usia begini fikiran semakin matang. Banyak sudah pengalaman yang dilalui. Banyak perkara berlaku menyedarkan kita. Kalau dulu lemah, kini menjadi kuat. Kalau dulu mudah mengalah, kini lebih tegas dengan prinsip diri.
Bangkitlah! Kita belum terlambat lagi. Mengapa belum terlambat? Kerana nafas masih ada. Belum mati.
Suatu waktu dulu kita banyak lepaskan peluang. Tidak memanfaatkan sepenuhnya bagi memajukan diri.
Yakinlah! Tuhan sentiasa menghamparkan peluang di hadapan kita. Buka mata hati carilah peluang itu dan rebutlah. Manfaatkannya bagi memajukan diri.