‘Tummy time’ beri perspektif baru kepada bayi yang selalunya hanya terbaring memandang siling. Bayangkan bayi seharian pandang ke atas dan melentang saja. Kasihan.

Apa itu tummy time?

Tummy time ialah meletakkan bayi dalam keadaan meniarap pada permukaan rata untuk masa yang sesuai mengikut usianya.

Ada masa ibu boleh lakukan tummy time. Ibu perlu tahu kebaikan dan cara yang betul melakukan tummy time.

Kebaikan tummy time kepada bayi adalah:

Merangsang perkembangan kemahiran motor. Kaedah ini dapat menguatkan otot bayi seperti otot pada belakang, tengkok, dan lengan.

Selain itu tummy time dapat mengelakkan sindorm flat head atau struktur kepala bayi menjadi leper.

Tummy time juga membantu perkembangan sensori. Mereka dapat rasa perbezaan cara pergerakan kaki, tangan dan kepala ketika berada pada posisi tummy time.

Boleh layari link berikut bagi mengetahui asas tummy time sebagai panduan bagi melakukannya bersama si comel anda.